Anda disarankan memohon visa anda satu atau dua bulan sebelum tarikh memasuki China. Memohon terlalu awal mungkin menyebabkan visa anda luput tarikh manakala memohon terlalu lambat mungkin menyebabkan visa tidak sempat diperolehi. Contohnya, jika anda bercadang untuk memasukki Negara China pada 1 Julai, anda boleh menghantar permohonan anda pada mana-mana hari kerja di antara 1 Mei - 20 Jun. Untuk perhatian anda, jika anda memohon perkhidmatan ekspres atau perkhidmatan pantas, anda perlu membayar fi visa ekspress atau pantas dan fi perkhidmatan ekspres atau pantas.






